Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Contoh laman Penampan boleh anda lihat disini. http://www.geocities.com/penampan4
Penampan ini sebenarnya dikembangkan daripada laman-laman yang memang sedia wujud hasil daripada mereka yang juga mempunyai idea sebegini. saya kembangkan ia untuk kajian saya, berdasarkan cara-cara dan konsep tertentu.
Antaranya supaya mudah ia ditemui oleh enjin pencari, mempunyai script kenal pasti pengunjung dan pelbagai lagi. Pengunjung laman tidak perlu risau, data-data yang dikutip adalah dalam bentuk am, hanya menunjukkan daripada domain mana pengunjung datang, waktu kedatangan, jenis OS dan pelayar dan jangka masa pengunjung berada di dalam sesuatu laman.
Walaupun data-data yang dikumpulkan tidak berapa tepat, namun ia membolehkan saya memahami pelbagai perkara, terutama daripada segi enjin pencari menyenaraikan laman dan yang PENTING sekali, begitu ramainya pengunjung Internet Malaysia mencari laman-laman lucah.
(1) Sebagai laman pencadang dan pengalih kepada mereka yang mencari laman-laman lucah agar melawat laman yang lebih baik dan sihat. Sebagai contohnya laman penampan meletakkan sambungan laman kepada muka laman projek-projek yang dijalankan oleh saya. Antaranya.
Panduan Buat Yang Baru
http://harisfazillah.cjb.net/
Kempen Peningkatan Sokongan Komputer Dan Internet
Malaysia
http://www.geocities.com/kemsoit
Kempen Menjadikan Internet Ini Percuma
http://www.geocities.com/internetpercuma
Bukan Sekadar Internet Sahaja
http://hafnie.cjb.net/
Projek Satulaman - Satu laman dan satu alamat email
untuk semua
http://www.geocities.com/satulaman
Di dalam laman-laman projek dan kempen saya di atas turut disertakan pelbagai lagi laman yang sesuai dilawati. Ada juga laman-laman yang terus diletakkan didalam laman penampan. Antaranya.
Laman Bincang.net - Tempat Anda Berkomuniti
http://www.bincang.net/
Laman Forum Komputer Dan Internet
http://www.ittutor.net/
Laman Bicara Muslim
http://www.bicaramuslim.com/
Portal Skali.com
http://www.skali.com/
Laman Dunia-Digital
http://duniadigital.cjb.net/
Linux Malaysia
http://linuxmalaysia.cjb.net/
Jaringan Malaysia
http://www.geocities.com/lovmalaysia
dan banyak lagi. Sila gunakan ruang carian Google dibawah muka laman ini. Buat carian dengan kata kunci Malaysia.
Ingin saya nyatakan, laman-laman
yang dicadangkan tiada kaitan langsung dengan laman-laman penampan. Sambungan
yang ada di laman Penampan hanyalah cadangan saya untuk laman-laman yang
sesuai untuk dilawati daripada melawat laman-laman lucah.
(2) Penampan juga menghormati prinsip bahawa semua orang berhak untuk berada di Internet dengan apa jua bahan. Penampan tidak berminat untuk pecah masuk laman-laman lucah dan merosakkannya. Walaupun saya tidak bersetuju dengan wujudnya laman-laman lucah namun menceroboh sesuatu laman walau apa jua tujuan pun adalah satu kesalahan.
Sebagai mana saya menghormati wujudnya
laman-laman lain, maka saya berhak meminta mereka yang tidak setuju dengan
laman Penampan saya, menghormati kehadiran laman-laman penampan.
(3) saya tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada segi wang. Tiada niat untuk berbuat demikian. Hasil trafik daripada penampan, saya salurkan untuk perkenalkan laman-laman pilihan yang sesuai dan perlu diberikan sokongan.
Atas sebab-sebab untuk melindungi laman-laman yang ingin diperkenalkan, trafik penampan akan disalurkan kepada salah-satu laman saya dan kemudiannya ia akan dipindahkan ke laman pilihan melalui bukaan tetingkap baru.
Ia nampak seperti gangguan, namun ia perlu agar laman-laman
pilihan tidak dikaitkan dengan Penampan.
(4) Gangguan
carian juga adalah satu daripada konsep penampan. Dengan menimbulkan pelbagai
tetingkap diharapkan ia akan mematahkan semangat pencari laman-laman lucah
daripada mencari laman-laman itu semula.
(5) Mencegah adalah matlamat utama penampan. Pelbagai kes jenayah seks timbul dalam masyarakat Malaysia. Sesuatu perlu dilakukan untuk menyekat mana-mana punca timbulnya nafsu jahat dan keinginan untuk melakukan jenayah sebegini.
Walaupun kajian belum ada, ditakuti bahan-bahan lucah yang wujud di dalam Internet dijadikan bahan rujukan dan ikutan yang tidak baik. Jenayah sebegini tidak berlaku tanpa ransangan. Kesan negatif yang mendalam, menyebabkan saya hebatkan penampan.
Saya tidak mahu duduk diam melihat keruntuhan moral dan rendah akhlak berlaku tanpa tindakan serang balas. Penampan adalah salah satu tindakan saya untuk serang balas kesan-kesan negatif ini.
Saya percaya, jalan sebenar untuk mengatasi masalah sosial masyarakat kita adalah melalui didikan. Maka Penampan adalah usaha kecil untuk mendidik pengguna Internet agar menggunakan masa di Internet dengan kerja-kerja yang lebih berfaedah.
Jika anda tidak berkesempatan untuk membuat laman, anda boleh mencuba laman yang menyediakan kemudahan mencatat di Internet. Lawat laman ini.
Di laman ini anda hanya perlu mencatatkan apa jua perkara dan dengan klik pada butang "Publish", catatan anda sudah berada di Internet. Moga dengan cara ini lebih banyak bahan-bahan berguna berada di dalam Internet Malaysia.
Sila rujukan laman http://pesanan.cjb.net/ untuk cara-cara memasukkan laman anda dalam enjin pencari seperti http://www.dmoz.org/ dan http://www.google.com/ .
Saya juga ingin nyatakan saya tidak bertanggunjawab langsung atau tidak langsung atas sebarang masalah yang mungkin timbul daripada laman penampan.
Setiap kali anda mencari dan berkunjung kepada laman-laman lucah, setiap kali itulah anda menyumbang trafik kepada laman sebegitu. Semakin tinggi trafik semakin popular laman lucah tersebut dan meningkatkan lagi pelawat mereka. Semakin ramai pelawat semakin banyak keuntungan mereka dapati daripada pertukaran banner. Maka bertambah berkembanglah laman-laman lucah begini dan bertambahlah bahan-bahan tidak baik di Internet.
Mahukah anda penyumbang kepada keruntuhan moral dan kejatuhan maruah masyarakt kita ?.
Fikirkanlah kerana anak-anak kita bakal berada dalam situasi kita. Mencegah lebih baik daripada mengubati kerana jika masyarakat sakit maka hancurlah sebuah negara.
Wassalam.
Harisfazillah Bin Jamel.
http://hafnie.tripod.com/
Bukan Sekadar Internet Sahaja.
Buat carian dengan katakunci Bincang Malaysia , forum Malaysia
, diskusi Malaysia.
---
|